BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Pages

dlm hidup ni..so many surprises..yg kta x jgka2..ari ni kta gelak..esok lusa kita nangis..but juz remind ourself..watever happen..we have ALLAH by our side..

Thursday, May 5, 2011

♥ Diz sonG..(◕‿◕)

Open Your Eyes
(Maher Zain)

English subtitle: Rex Toma Nawato

Look around yourself
Can’t you see this wonder?
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets and the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside? No!
We just have to
Open our eyes, our hearts and our minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way (Allah)
Guide us every single day (Allah)
Keep us close to you
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins

What about anger, love and pain
And all the things your’e feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

When a baby’s born
So helpless and weak
And your’re watching him growing
So, why deny?
What’s in front of your eyes?
The biggest miracle of life

You created everything
We belong to you
Ya Rabb we raise our hand
Forever, thankyou
Alhamdulillah


Read more...

Tuesday, May 3, 2011

Apy Bufday My Dearest Fren..♥ (",)..anak pkcik Enrico..hihi..



¸¸.•*¨*•♫♪hppy bFday toO u,,,,hppy bFday toO u,,,hppy bFday tOo AinoL(¯''•.¸** ¸.•''¯),,,hppy bFday toO u,,,hihi,,,!!!(¯''•.¸** ¸.•''¯)


p/s Noi..evry year kita clebrate bufday ko..aQ, Nisa n Ko.tp thn ni..msing2 dah berjauhan..so sory la erk..tp mna taw kta postpone bufday ko thn ni..n kta clbrate masa blk Sabah nnti..hihi..bleh ka 2??mm td sdh deal ngn c niSa maw wish sharp jm 12 tp aQ Trtdo..pnt wat BBM..hihi...ari ni Dr Kannamah nk dtg..wish me luck ea Fren..appun..once again.. Apy 24th birthday!!!!...may ALLAH bless u with happiness, good heatlh n success...amin...(",)...♥♥♥ u Noiiiiiiiiiii...all da best...jga dri baek2...miss u...(◕‿◕)....



Read more...

Monday, May 2, 2011

Apy Labour Day to aLLs.. (",)..

Assalamualaikum....Hehe..rsanya blum terlambat lg tuk ucap Selamat Hari Pekerja..trharu sgt2..sbb ad gak org nk wish kat aQ..appun..thanks 2 my niece sbb sudi wish..tp..makcik mu ni..mna ad cuti..Hari Pekerja pun bz wat soalan Exam..pastu tngk cita korea plak..ish2..mna keja nk siap..tp..xpa..x la tntion sgt..bak kata pepatah..sambil mnylam sambil minum air..hihi..mm..smlm msa nk tulis diari..ttba aq trjumpa lak satu ayat ni.. ayt dia macm ni..~"CINTA amt mahal takrifnya..itulah yG difitrhkan oleh ALLAH kpd hambanya..CINTA hnya tertulis pD perkataan,, tp GagaL diLihat Pd Zahirnya..Krna CINTA itu Tanggungjawab Dimna Wujudnya Kesetiaan & Kejujuran Di Dalam Hatinya...Jujur pD yG setia..SeTia Pd Yg Kasih..KaSih Pd Yg Rindu..Rindula pD yG mEnyayangiMu..CINTA x Kn dtG klu D Cari..CINTA juga x kn Dpat Klu Xda Sesiapa yG memberi..Tp Mencari Biarla pD yg SuDi...Bukan Meminta pD yG Simpati"~ rasa rindu plak kat Org yg bG ayat ni..appun yg trjadi aQ kna redha..DIA maha Mengetahui.. kadang kala kita perlu menjadi seperti Bunga Cempaka.. tiada rupa, tetapi harumnya memikat jiwa... Kita sebagai hambaNya, seharusnya bersyukur dengan segala pemberianNya... sesungguhnya, dia telah menetapkan yang terbaik untuk kita... (^_^)...huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................dah merapu jauh plak aQ ni..Ttba sal cinta plak..hahaa..NonG2...awat hang lagu ni...huhu..dah dah!!hehe..once again..apy labour Days..Smga tugas Mndidik ini..mnjadikan Dri aq lebih matanG Lg..dan di Redha olehNYA..I'ALLAH...


Read more...

~I Love U..Don't Cry~






aQ baru habis tgk drama Korea yg bertajuk I LOVE YOU, DON'T CRY. 1st time tgk kdrama yg sg tbyk episodnya (dah mcm sinetron Indon tau). total episod kdrama ini adalah 132 (berjanggut aQ nak habiskan tgk drama ni). apa yg best psl drama ni adalah drama ni menceritakan perkara yg sebenarnya berlaku dalam alam realiti (selalunya cerita ni asyik happy ending like fairytale).

Beberapa pengajaran yg dpt aQ ceduk dari 'sinetron korea' ini adalah:
1)hidup tak selalunya indah
2)tak semestinya org yg kita cinta itu akan menjadi milik kita
3)perkahwinan itu bukan hanya bernyatukan 2 jiwa, tp penyatuan 2 (& lebih) keluarga
4)kahwinlah dgn restu ibu ayah
5)pilihlah pasangan yg sekufu agar tidak akan ada isu berbangkit kelak
6)sekali gagal dalam perkahwinan, tidak bermakna kita tidak akan bahagia dikemudian hari
7)belajarlah utk bersabar
8)ibu ayah mertua cubalah terima seadanya pilihan anak
9)pilihlah org yg suka kita, bukan yg kita cinta (kdg2 bertepuk sebelah tgn ini 'memenatkan')
10)percintaan selepas kahwin itu lebih 'manis' rasanya

Byk sgt sebenarnya pengajaran yg dpt diambil dari drama ini.drama yg ber'genre'kan romantik,kekeluarga,persahabatan ini dpt mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. ♪♪


Read more...

Sunday, April 24, 2011

JanGan LeKa JaGa Iman

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: "Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu". Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.
Doa baginda: "Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu". Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: "Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran".


Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?


Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.


Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:


1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:


1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.


*Ustaz Zawawi Yusoh


Read more...