BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Pages

dlm hidup ni..so many surprises..yg kta x jgka2..ari ni kta gelak..esok lusa kita nangis..but juz remind ourself..watever happen..we have ALLAH by our side..

Monday, May 2, 2011

~I Love U..Don't Cry~






aQ baru habis tgk drama Korea yg bertajuk I LOVE YOU, DON'T CRY. 1st time tgk kdrama yg sg tbyk episodnya (dah mcm sinetron Indon tau). total episod kdrama ini adalah 132 (berjanggut aQ nak habiskan tgk drama ni). apa yg best psl drama ni adalah drama ni menceritakan perkara yg sebenarnya berlaku dalam alam realiti (selalunya cerita ni asyik happy ending like fairytale).

Beberapa pengajaran yg dpt aQ ceduk dari 'sinetron korea' ini adalah:
1)hidup tak selalunya indah
2)tak semestinya org yg kita cinta itu akan menjadi milik kita
3)perkahwinan itu bukan hanya bernyatukan 2 jiwa, tp penyatuan 2 (& lebih) keluarga
4)kahwinlah dgn restu ibu ayah
5)pilihlah pasangan yg sekufu agar tidak akan ada isu berbangkit kelak
6)sekali gagal dalam perkahwinan, tidak bermakna kita tidak akan bahagia dikemudian hari
7)belajarlah utk bersabar
8)ibu ayah mertua cubalah terima seadanya pilihan anak
9)pilihlah org yg suka kita, bukan yg kita cinta (kdg2 bertepuk sebelah tgn ini 'memenatkan')
10)percintaan selepas kahwin itu lebih 'manis' rasanya

Byk sgt sebenarnya pengajaran yg dpt diambil dari drama ini.drama yg ber'genre'kan romantik,kekeluarga,persahabatan ini dpt mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. ♪♪


Read more...

Sunday, April 24, 2011

JanGan LeKa JaGa Iman

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.
Rasulullah sendiri sering berdoa: "Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu". Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi.
Doa baginda: "Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu". Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya: "Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kefakiran".


Adakah kita mengetahui bahawa Umar al-Khattab yang memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari daripada menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah?


Adakah kita mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman? Maka terdedah kepada dosa yang lebih besar.


Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:


1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:


1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.


*Ustaz Zawawi Yusoh


Read more...

Monday, April 4, 2011

Bila Class x Da..(>_<)

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah, lect penyelia dah dtG observed mmgu llu...tekejut gak tym dia dtg 2..dah la tym dia dtg 2 aQ, kak Nanie bz bercita sal Dr Kannamah..yG pling terkjut rp2nya Dr Kannamah 2 kwn clasmate Kak Nanie n Cikgu Yap tym kat UKM..kta 1 bacth la..ya ALLAH!! keciknya dunia nie..hehe..cuak gak tym 2..appun life must go on..hihi..yg pstinya pas kna observed ari 2 byk bnda yg aQ sdr..rp2nya mcm 2 bla kta dah jd seorng pendidik,saat paLing manis adalah apabila murid2 yG kta ajar dpt ap yg kta ajar..lbh2 lg murid2 istemewa ni..byk bnda yg aQ bljr, nk kta Sabar 2..Tuhan je yg taw..pyh nk trangkan kat org..huhu..appun aQ bersyukur sgat sbb dpt selami n kenali ati golongan mcm ni..kat situ la aQ bljr jd matang n memahami,haha..n tahap "senseviti" aQ makin tinggi..yeke??walhal umur dah nk masuk 24 thn..matang beno la..huhu..mm ari ni free sgt2 xda clas..so amik la gambar ngn Kak Nanie n Lynn 2 yg ad pict ni..apy go lucky x kmi??hehe tepuk dada tnya selera...tp dorg berdua ni dah ad yG pnya..so fhm2 la erk..DUNT DISTURB!!aQ mcm base la its complicated..huhu..hurm skrg ni pun ngah free, Lynn mcm base pas clas dia wat refleksi kat meja n Kak Afifah plak arini lepak kat bilik kami..heheh..ap lg makin riuh la bilik ni..Kak Nanie plak ngan laptop dia..bze ngan keja libry..merangkap Guru Pusat Sumber PPKI SMK JLN REKO..akak2..chayok2..iBu cute gitu...mm keyla nk siap2 ni, pasni ada wacana PPKI, x taw la smpai pkul bape..yg pntnG psni nk blk, n rehat puas2..hehe..K..adios!!


Read more...

Saturday, March 12, 2011

~(",)~

assalamualaikum..

alhamdulillah...diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk smua ini,walaupun sejak kebelakangan ini trllu byk mslah yg timbul. Kini aQ blajar untuk mengenali diri aQ sndri, aQ redha sekiranya DIA telah menentukan semua ini untuk diriku, aQ tahu smua yg brlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.I'ALLAH..w/pun sedih kna merelaknya.Tuhan x kan sesekali meninggalkan hambanya sendrian melainkan seseorng itu sendri menjauhkan dri dari Tuhan..ALLAH AKBAR!!sedar x sedar aQ kini berada di semester akhir tahun pengajianku di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kini aQ mengikuti Latihan Mengajar di SMK JALAN REKO KAJANG, 1st tym menjejakkan kaki ke sekolah pd 7hb 2, terasa diri ini telalu kerdil dan terasa sedang memikul satu tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak bangsa. aQ begitu terkejut melihat pljar2 d sekolah tersebut terutmanya sekali dlm bidang aQ sndri iaitu Pendidikan Khas. Dlam fikiran mudah2an aQ dpt menghabiskan LM ini dengan segera..Hal ini kerana aQ trllu risau untuk semua ini..huhu..risau pelajar x dpt ap yG aQ ajar nnti..tp alhmadulilah..sdh masuk mggu ke 5..nmpak perubahan bdk2 tu..insan2 ini la yg membuat aQ mngenal erti sabar w/pun kdg2 aQ kalah dgn prsaan aQ sndri trutmanya sekai bnda yg melibatkan prsaan kita trhadap org lain...aQ trlalu rindukan mak ayah kat kg dan kwn2 aQ..x sdar nk blk kG bln 5 ni..hehe..


Read more...

Friday, August 13, 2010

~Monink Malaysia~

Smlm ntah mimpi ap ttba aQ bgn kul 2.30 pg td..tp alhamdulillah..sempat jgk aq trnslate 3 jurnal skali gus..2 pun gna citcat..ha2..pas sahur n solat aQ cari jurnal tempatan plak 2k orientasi & mobiliti punya subjek..x taw nk amik mna satu..yg pntng pasni kna jmpa ngn en fawzi dlu..nk bg tngk jurnal 2..klu dah ok..bleh strt ulasan..hu2..hmm..asgment individu 2k KH still dlm proses lg..sok bru nk g bli bhan lain..ptg nnti ad clas 2k subjek ni..ktorng kna brkebun la plak...kat bgnn cantik 2..ha3..act ari ni kna msk tp ntah nape lec tukar last minit..hmm wut ever la..yg pntng kmi enjoy dlm clas puan ain ni..opps..b4 trlpa..ari 2 ms kat dlm surau aQ trserempak ngan sorng bdk pompuan..hnestly b4 ni x penah tngak real @ live lg..even aQ dlm bidang ni..tngk dya..tnpa kaki, pun solat gak. ni kn plak kita manusia sempurna kdg2 tgglkn solat..allahuhalam..ntah la..dah la aq dok halang kaki palsu dya..aQ x taw pun 2 kaki palsu..he2..hairan gak cos b4 ni mne ad tiang kat dlm surau 2...tngk dya pakai blk kaki 2..hu2..ntah la hnya Tuhan je yg taw..smpai trbwk2 p dlm clas Ibu ptg 2..Ya ALLAH Kau rahmati la dia, n brila drinya kekuatan 2k mghadapi cabaran dan dugaan yang Kau berikan....ameen..lastly..slamat berposa suma..=)


Read more...